Sunday 3 June 2012

Cerita lawak

Cerita 1


Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: “47 kg!”Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: “52 kg!”

 Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: “Tolong naik sorang-sorang. .. jangan ramai- ramai!”

Cerita 2

Jamal ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya.. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba.
 Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya.
 “Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan.
 Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai…”
 Tiba-tiba ibunya mencelah, “Telurnya mana?”
 Jamal menjawab, “Err… Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya! “

Cerita 3

Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian… lalu dia
 menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan….
 Samdol : “Bang harga durian ini berapa?”
 Org Asli : “yang ini.. sepopit sebiji”
 Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya. .
 Samdol : “Bang.. Boleh kurang sikit tak”?
 Orang Asli : “Boleh aje, nak kurang berape?
 Samdol : “Lahupa.. boleh ya!”
 Penjual orang asli itu kebingungan. . . lalu bertanya pada Samdol..
 Orang Asli : “Lahupa itu berapa?”
 Samdol : “Cakap dulu… Sepopit itu berapa?”

Jam Budak Punk

Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.

Kawannya bertanya, “apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?”

“Menarik kan?” Jawab budak punk itu. “Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap.”

“Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit.”

“Demo? Kau serius? Ok, tengok ni,” kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.

Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, “Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!”

“Ah! Dah pukul 2 pagi daaah,” jelas budak punk itu.
 Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.

Diam Ketika Makan

Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama. Anak : “Ayah, di…”
 Ayah : “Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!”Setelah selesai makan…
 Ayah : “Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?”
 Anak : “Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulatnya!”



No comments:

Post a Comment